Monday, September 13, 2010

10 Jari Kecil

Sepuluh jari kecil itu sungguh lembut
Sungguh bersih, lemah
Kuat genggamannya
Satu pertanda

Bimbinglah ia
Bawalah ia
Pimpinlah ia
Sungguh takut
Baginya menghadapi
Hari yang mendatang
Sepuluh jari kecil
Bersih bak kain putih
Harus dihias, diwarna, dicorak
Mengapa dibiarkan?

Dibiar ditepi masjid
Digigit semut dan anai

Dibuang seperti sempah
Dimamah ulat sampah, dihurung lalat

Dibuat kayu api
Hingga rentung dan hangus

Jijikah ia?
Di pam dalam tandas

Mengapa mengadakan jika tidak mahu?
Mengapa dibunuh sedangkan itu bukan hak kamu?
Dia berhak tentukan segala yang berhak


Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang dia kehendaki. Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan ( kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ), dan menjadikan mandul siapa yang dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.

(As-Syura 42:49-50)


Adakah sepuluh jari kecil itu beban?
Mangapa ibunya, ayahnya
Kamu bersama
Jari kecil itu dibiarkan


Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan.


Kamu bunuh kerna salah?
Mengapa kamu berseronok dulu?
Kamu menggauli sesama sendiri
Tapi bukan ayah dan ibu?

Kasihan sepuluh jari kecil itu
Kasihan sepuluh jari itu
Kasihan.....

Kasihan kamu....
Kamulah yang paling kasihan
Tiada yang lebih kasihan dari kamu
Jari kecil itu takkan ampunkan kamu
Jari kecil itu.....

Akan biarkan kamu disitu
Bukan dipinggir masjid
Di neraka yang panas

Bukan digigit semut dan anai
Ular yang bisa, kala yang menakutkan

Kamu lebih buruk dari sampah
Dimamah dan dihurung ulat yang mengganas

Jari kecil itu buat kamu jadi kayu api
Bahan bakar di neraka sana
Nerakalah istanamu

Ingatlah kamu
Yang buang sepuluh jari kecil itu.

 

Wednesday, September 1, 2010

Kepala Yang Indah


Wahai wanita yang tidak bertudung,
Indah nian alunan rambutmu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah indah dibawah mentari,

Mentari dunia yang tidak sehebat neraka,
Api neraka yang akan membakar rambutmu,
Di hari akhirat hari penentu,
Maka hanguslah segala,
Hilanglah kecantikanmu, 
Tiada lagi kilauan rambut hitammu,
Jadikanlah hatimu,
Sebahagian daripada wanita yang bertudung.

Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepalamu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah bentuk tubuh badan,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau tahu,
Kepanasan api neraka itu lebih hebat membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar.
Mereka itu wanita yang tidak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walaupun bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada.

Wahai wanita yang bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung wajahmu,
Sungguh ayu tertutup bentuk badanmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat dihati,
Hanya diri-sendiri yang menghakimi,
Mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
Atau pun berdebu dengan sebab duniawi,
Riak wajah nampak tawadhu',
Riak jiwa rupa-rupanya menunjuk-nunjuk.

Alangkah ruginya andai benar begitu,
Kerna azab masih tidak terlepas darimu,
Serupalah sahaja dirimu ditunggu,
Diseksa tidak ubah seperti wanita tidak bertudung,
Sama dengan mereka yang menyempang tudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada,
Tersemat juga rasa taqwa.

Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat dihati,
Syariat Islam sebati dalam diri,
Maka layaklah kau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia lagi,
Muslimah solehah kau gelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar untuk diperoleh.


Dengarlah wahai wanita,


Diolah dari Mukabuku Jiha Anwar