Tuesday, April 27, 2010

0802

Salam....

argh... sudah lama rasanya tidak ku menambah catatan ku disini. sudah berhabuk keyboard ini...

hari ini aku melawat kawasan kampungku yang ku tinggalkan sementara waktu...berjalan di kawasan kampung, menghirup udara dingin, mengenang kembali sejarah silam ketika masih kecil....

0802

Jam tanganku menunjukkan jam 8 pagi. Perutku kosong. Oh! baru teringat, belum makan sejak semalam. Mencari tempat untuk bersarapan, aku berhenti di sebuah kedai makan di stesen bas daerah kecilku...

Nasi goreng dan telur goreng menjadi pilihan. Tak lupa juga teh tarik kurang manis.. Kedai makan yang dijaga oleh dua orang wanita 20an menjadi tarikan ramai orang..

Duduk, makan sambil perhatikan orang ramai dikawasan sekitar hobiku. sipenjual berpakaian bukan seperti seorang penjual makanan. tapi lebih sebagai seorang wanita yang sdang memikat lelaki. baju hitam 'fit', seluar jeans biru hanya menutup hingga bawah lutut, betis kelihatan. mungkin pinjam adik lelakinya, terlalu ketat. selendang biru hanya diletakkan atas kepala, jelas kelihatan rambutnya. mungkin tidak biasa memakai tudung.

Terdengar jeritan suara seorang lelaki dari nun jauh dihujung sana. kelihatan lelaki tersebut berdiri disebuah kedai makan milik seorang lelaki india. namun, yang makan disana ramainya yang bertudung lingkup, kalah sikedai yang aku singgah ini. yang memakai kain pelekat apatah lagi. mungkin kerna kedai tersebut ada roti canai, jadi pilihan orang ramai....

0820

aku hampir menyudahkan sarapanku. lelaki yang menjerit menjadi tumpuanku. nampaknya nikmat kewarasannya ditarik ilahi. aku cuba mendengar butir2 yang dikatakan lelaki tersebut. alangkah sayangnya tidak jelas kelihatan. Sudah usai aku membayar makananku, cuba pula aku mendekati lelaki yang berteriak sebentar tadi. teruja ingin mendengar setiap patah katanya.

berpeluang mendekatinya, aku berjaya mendengar sebutir-sebutir apa yang dimarahinya. andai telinga ini masih berfungsi seperti kehendaknya, jelas kedengaran kata-kata kesat keluar dari mulutnya memuji seorang insan dipanggil ibu.

tersentak jiwa ini.......

terkenang ibu yang sakit dirumah, apalah salah si ibu hingga perlu dicaci sedemikian.

tersentak kembali jiwa ini.....

terkenang diri ini juga pernah menitiskan air mata si ibu. saat dimana aku tidak menghargai seorang insan yang aku panggil emak ketika dulu. aku teruskan langkah....tinggalkan dunia lalu.....

0915

melalui lorong-lorong lama, saat kejahilan aku dulu berleluasa....

aku duduk dibangku tempat aku selalu menghabiskan masa satu ketika dulu. lama benar aku tidak duduk disini. sudah berapa tahun agaknya aku tidak lagi melalui jalan ini. huh! keluh aku sendirian....

0930

aku tinggalkan lorong tersebut, ingin bergerak ke lokasi lain, tinggalkan kenangan lalu dan air mata sebagai kenangan dan iktibar. aku harap, aku diampunkan.....

turun ke lembah sungai, ingin duduk bersama golongan tua di jeti mendengar cerita terbaru tentang kampung halamanku. belum sempat tiba dijeti, aku terhenti di dataran lembah sungai. tertarik dengan golongan ibu yang sedang melakukan senaman sambil diiringi alunan musik.

menarik sungguh.....

pelbagai bahasa alunan lagu dipersembahkan. ditari pelbagai bangsa dari kaum ibu. bersari, berchong sam, berkebaya nyonya, bertudung, bertudung labuh pun ada. kaum ibu bergembira bersama, sambil ditemani pasangan masing2 yang duduk ditepi...

aku duduk sambil perhatikan mereka. datang sepasang suami isteri menyapaku. mereka kelihatan sungguh gembira dan padan bersama. lalu sisuami bertanya

"tunggu sapa dik? buah hati ke?"

aku sekadar tersenyum. lalu si isteri menyampuk

"tengah muda bang.semua ingat seronok"
"tak elok cinta ni dik" si suami berkata lalu mengambil peluang duduk disebelahku..

"eh! taklah, saya tak tunggu sesapa pun, jalan2 sorang jer. dah lama tak balik kampung, lagipun tengah cari ilham, tengah tulis cerita." senyum susuli kata-kata ku

"penulis ke?" tanya si isteri
"tengah tulis cerita untuk blog" jawab ringkas.

setelah panjang berbual akhirnya kami berpisah. tak lupa untuk aku promote blog sendiri.

1030

kembali ke tujuan asal, aku trus menuju ke jeti. kampungku unik, ada stesen bas, teksi dan jeti. tunggu nak buat lapangan terbang jer lagi.

Jeti......

kelihatan golongan pakcik2 sedang rancak bersembang dari jauh. gelak tawa jelas diekspresi muka. ah! seperti yang aku harapkan. tapi sayangnya mereka berbahasa mandrin. satu pun tidak faham difikiranku...

ah! mungkin lain kali. aku terus menuju ke lagenda ku yang ku tinggalkan dibawah pokok jambu air. aku trus menuju ke destinasi akhirku........

rumah......

mungkin pengalaman hari ini cukup untuk melengkapkan ceritaku yang sudah 3 bulan tergendala....

semoga apa yang aku saksikan hari ini cukup untuk mentarbiah jiwa ini dan jiwa2 si pembaca. InsyaAllah, di lain post, akan ku selitkan cerita hasil nukilanku sendiri. InsyaAllah....