Monday, September 13, 2010

10 Jari Kecil

Sepuluh jari kecil itu sungguh lembut
Sungguh bersih, lemah
Kuat genggamannya
Satu pertanda

Bimbinglah ia
Bawalah ia
Pimpinlah ia
Sungguh takut
Baginya menghadapi
Hari yang mendatang
Sepuluh jari kecil
Bersih bak kain putih
Harus dihias, diwarna, dicorak
Mengapa dibiarkan?

Dibiar ditepi masjid
Digigit semut dan anai

Dibuang seperti sempah
Dimamah ulat sampah, dihurung lalat

Dibuat kayu api
Hingga rentung dan hangus

Jijikah ia?
Di pam dalam tandas

Mengapa mengadakan jika tidak mahu?
Mengapa dibunuh sedangkan itu bukan hak kamu?
Dia berhak tentukan segala yang berhak


Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang dia kehendaki. Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan ( kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ), dan menjadikan mandul siapa yang dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.

(As-Syura 42:49-50)


Adakah sepuluh jari kecil itu beban?
Mangapa ibunya, ayahnya
Kamu bersama
Jari kecil itu dibiarkan


Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan.


Kamu bunuh kerna salah?
Mengapa kamu berseronok dulu?
Kamu menggauli sesama sendiri
Tapi bukan ayah dan ibu?

Kasihan sepuluh jari kecil itu
Kasihan sepuluh jari itu
Kasihan.....

Kasihan kamu....
Kamulah yang paling kasihan
Tiada yang lebih kasihan dari kamu
Jari kecil itu takkan ampunkan kamu
Jari kecil itu.....

Akan biarkan kamu disitu
Bukan dipinggir masjid
Di neraka yang panas

Bukan digigit semut dan anai
Ular yang bisa, kala yang menakutkan

Kamu lebih buruk dari sampah
Dimamah dan dihurung ulat yang mengganas

Jari kecil itu buat kamu jadi kayu api
Bahan bakar di neraka sana
Nerakalah istanamu

Ingatlah kamu
Yang buang sepuluh jari kecil itu.

 

Wednesday, September 1, 2010

Kepala Yang Indah


Wahai wanita yang tidak bertudung,
Indah nian alunan rambutmu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah indah dibawah mentari,

Mentari dunia yang tidak sehebat neraka,
Api neraka yang akan membakar rambutmu,
Di hari akhirat hari penentu,
Maka hanguslah segala,
Hilanglah kecantikanmu, 
Tiada lagi kilauan rambut hitammu,
Jadikanlah hatimu,
Sebahagian daripada wanita yang bertudung.

Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepalamu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah bentuk tubuh badan,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau tahu,
Kepanasan api neraka itu lebih hebat membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar.
Mereka itu wanita yang tidak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walaupun bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada.

Wahai wanita yang bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung wajahmu,
Sungguh ayu tertutup bentuk badanmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat dihati,
Hanya diri-sendiri yang menghakimi,
Mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
Atau pun berdebu dengan sebab duniawi,
Riak wajah nampak tawadhu',
Riak jiwa rupa-rupanya menunjuk-nunjuk.

Alangkah ruginya andai benar begitu,
Kerna azab masih tidak terlepas darimu,
Serupalah sahaja dirimu ditunggu,
Diseksa tidak ubah seperti wanita tidak bertudung,
Sama dengan mereka yang menyempang tudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada,
Tersemat juga rasa taqwa.

Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat dihati,
Syariat Islam sebati dalam diri,
Maka layaklah kau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia lagi,
Muslimah solehah kau gelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar untuk diperoleh.


Dengarlah wahai wanita,


Diolah dari Mukabuku Jiha Anwar

Friday, August 20, 2010

Kening-kening yang bersujud





"Dan masuklah pintu gerbangnya sambil bersujud."
( Al-Baqarah:58 )

Ath-Thabari Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu Abbas Radhiyallahu Anhuma yang berkata tentang ayat di atas, "Mereka diperintahkan masuk dalam keadaan ruku'."

Ath-Thabari berkata, "Arti asal sujud ialah membungkukkan badan kepada sesuatu yang dijadikan sebagai objek sujud, kerana mengagungkannya, ia dikatakan sajid ( orang yang sujud )."

Ath-Thabari berkata lebih lanjut, " Itulah penahsiran Ibnu abbas tentang firman Allah Ta'ala, 'Sujjadan.' Maksudnya ruku'. Sebab, orang yang ruku' itu membungkukkan badan, kendati orang yang sujud itu lebih membungkukkan badan dirinya."1


" Kenapa mereka tidak beriman? Dan apabila Al-Qur'an dibcakan kepada mereka, mereka tidak sujud."
( Al-Insyiqaq:20-21 )

Syeikh Muhammad Ash-Shawwaf berkata, "Sujud ialah metafora ( kiasan ) tentang ketundukan dan kekhusyukan yang harus diberikan kepada Al-Qur'an. Sedang yang dimaksudkan dengan sujud pada ayat di atas ialah solat. Dan, disebutkan sujud ( solat ) dengan iman itu menunjukkan ketinggian dan kedudukan agung solat dalam Islam. Solat itu tiang dan fondasi utama agama. Siapa yang mengejakannya dengan konsisten, ia mendirikan agama. Dan, siapa tidak mengerjakanya, ia meruntuhkan agama."2

Kesimpulannya, nilai sujud itu berasal dari makna-makna itu semua (ketundukan, kekhusyukan, dan lain-lain). Ketundukan, pengagungan, kekhusyukan, dan merendahkan diri adalah indaksi yang menunjukknpenyembahan pelakunya kepada pihak yang dijadikan sebagai objek ibadahnya. Dan, sujud adalah gerakan besar yang menunjkkan makna-makna ibadah. Sebab, dalam sujud, ketundukan terjadi secara sempurna. Hal-hal negtif, misalnya kesombongan hilang setelah kening dan hidung menempel ke tanah. Ya, menempelkan  kening dan hidung ke tanah yang sering diinjak-injak kaki adalah indikasi kuat ketundukan dan kepasrahan pelakunya kepada Dzat yang ia sembah, Sujud tidak boleh diberikan kecuali kepada Allah Ta'ala. Kerana itu, semua bentuk ketundukan kepada selain dari Allah adalah batil dan tidak sah.




1. At-Tafsir Ath-Thabari, jilid II, hal. 104-105
2. Fatihatu Al-qur'an, Muhammad Ash-Shawwaf, hal. 304.




Dipetik tanpa diolah dari "Taujih Ruhiyah - Pesan-Pesan Spiritual Penjernih Hati,Jilid 2,Abdul Hamid Al-Blali,hal.20-22

Wednesday, August 11, 2010

Wanita Vs. Anjing

LEMBU :   
Assalamualaikum, jing! kenape nampak muram jer ni?

ANJING :
Wa'alaikumussalam, tak ada apa sangat bu..cume terkilan jer tadi.

LEMBU :
Kenape jing? 

ANJING :
Hurm..tadi mase aku nak lalu kat sini, aku nampak sepasang manusia dok berkepit bawah tangga.

LEMBU :
So?

ANJING :
Ada ke patut dieorg halau aku. Kasar plak tu. Dipanggilnyer aku ni najis...

LEMBU :
Ate, dah memang betoi. Ko tu najis paling berat bagi seorang manusia. Takkan la ko tak dimaklumkan dulu.

ANJING :
Ye la. Senajis aku pun, still boleh disamak. Boleh ke samak dosa?

LEMBU :
Betul tu. Aku sokong yang itu. Lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tidak boleh sama sekali berpegang-pegang sesama lain. Aku penah dengar, adalah lebih baik andai kita memegang anjing berbanding kaum yang bukan sejenis dengan kita tambah pula yang bukan muhrim.

ANJING :
Kita apa,? manusia lah, kita haiwan jer.

LEMBU :
Ha'ah la..tak perasan plak..haha 

ANJING :
Dah lah, aku nak carik benda makan jap. Pandai-pandai la jaga diri. Assalamualaikum.

LEMBU :
Ok2.. Hati-hati juga, Wa'alaikumussalam.  

Sunday, August 1, 2010

Cerita Seorang Saing

Menghadiri sebuah pesta konvo sebuah universiti yang terkenal sebagi sebuah institut keagamaan begitu mempesonakan. Gadis-gadis sopan tunduk malu. Bertudung labuh, tampak manis. Aku sekadar hadir untuk melihat suasana di universiti yang menjadi jiran universitiku.

Nun dihujung sana terlihat dua orang gadis sedang khusyuk meronda. Aku dan rakanku memberanikan diri untuk menegur. Mana tahu, mungkin rezki di sini. Terus kami menyapa, sapaan disambut baik dan mesra.

Tidak sangka, gadis Diploma Bahasa Arab itu malayan kami dengan begitu baik. Saling bertukar nombor dan berhubung. Tanpa kusedari hubungan kami hanya memakan masa beberapa hari. Janji diatur, dan tiba masa keluar bersama.

Rakannya membawa kekasih hatinya. Pelajar universiti yang sama, diploma dalam bidang dakwah tahun dua. Berpeluk, dalam kereta, luar kereta, pusat bowling, hampir semua tempat mereka berkepit. Terkedu rasa bila mudah untuk aku pegang-pegang student bahasa arab itu. Malah lebih rasa kasihan terhadap sikap yang ditonjolkan itu.....


.....tidak sanggup lagi diri ini untuk terus menaip cerita yang disampaikan oleh seorang saing. Apa yang dituliskan diatas adalah sebuah cerita benar yang berlaku dan dialami sendiri oleh sahabat penulis ini.

Apakah modul yang digunakan ketika ini benar-benar mengukuhkan iman tambahan pula 'watak utama' bukanlah calang-calang orang. Mereka yang berpendidikan agama. Apa yang dipaparkan pada post kali ini bukanlah untuk merendah-rendahkan sesetengah pihak, tetapi adalah untuk kita berkongsi bersama sebagai pedoman.

Harap sipelaku sedar akan kesilapannya dan bertaubat. Amin......... 

Tuesday, June 8, 2010

5.00 petang


06/06/2010
5.00 ptg...............

Baru pulang dari satu destinasi yang jauh, bukan destinasi yang menjadi satu ukuran, tetapi penghayatan dari destinasi yang ditujui...

menunggu kedatangan wira kelabu tiba, surah Al-Baqarah membasahi bibir. Lalu, ku melewati ayat 67 hingga 71. Terhenti disitu......

dimana Allah mengkhabarkan tentang dalih-dalih yang diberikan kaum Yahudi ketika diperintahkan mereka untuk menyembelih sapi betina, hinggakan mereka hampir tidak melaksanakan perintah tersebut.

67. "Dan (ingatlah) ketika Musa berkata pada kaumnya "Allah memerintahkan kamu agar menyembelih seekor sapi betina." bertanya, "Apakah engkau akan jadikan kami sebagai ejekan?" Dia Musa menjawab "Aku berlindung kepada Allah agar tidak termasuk orang-orang yang bodoh." 

68. Mereka berkata, "Mohonkan kepada Tuhanmu untuk kami agar Dia menjelaskan kepada kami tentang sapi betina itu." Dia (Musa) menjawab, "Dia (Allah) berfirman, bahawa sapi betina itu tidak tua dan tidak muda, (tetapi) pertengahan antara itu. Maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu." 

 69. Mereka berkata, "Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami agar Dia menjelaskan kepada kami apa warnanya." Dia (Musa) menjawab, Dia (Allah) berfirman, bahawa (sapi) itu adalah sapi betina yang kuning tua warnanya, yang menyenangkan orang-orang yang memandang(nya).  

70. Mereka berkata, "Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami agar Dia menjelaskan kepada kami tentang (sapi betina) itu. (Karena) sesungguhnya sapi itu belum jelas bagi kami, dan jika Allah menghendaki, niscaya kami mendapat petunjuk".  

71. Dia (Musa) menjawab, " Dia (Allah) berfirman, (sapi) itu adalah sapi betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak (pula) untuk mengairi tanaman, sehat, dan tanpa belang." Mereka berkata, "Sekarang barulah engkau menerangkan (hal) yang sebenarnya. "Lalu mereka menyembelihnya, dan nyaris mereka tidak melaksanakan (perintah) itu.

sememangnya kaum Yahudi ini gemar berdalih dalam pelbagai situasi untuk mencapai apa yang dihajati atau apa yang telah dihajati. Kita ambil pengajaran dari peristiwa terbaru yang menggoncangkan fahaman dunia terhadap bangsa tersebut.

Ketika mana dunia menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, mereka melancarkan serangan terhadap rombongan tersebut dengan alasan bimbang bekalan senjata dihantar bersama. Serangan yang mengorbankan sebilangan sukarelawan tidak bersenjata, dalih yang remeh mereka utarakan.

Lalu satu dunia mengutuk dan mengecam tindakan liar mereka. Adakah sudah cukup sekadar kencaman? Memadaikah sekadar mengutuk. Dunia kemudiannya memaksa sekutu mereka untuk turut sama dengan mereka. Sedangkan sekutu mereka diam seribu bahasa memperlihatkan kita seperti anjing yang merayu pada tuannya.
Teringat pula pada suatu ketika dimana mereka ( kaum Yahudi ) telah melanggar perjanjian dengan Allah s.w.t dimana mereka memungkiri hari Sabat. Hari dimana mereka berjanji tidak mengutip hasil dilautan lalu Allah menyumpah mereka menjadi kera, malah mereka diletakkan taraf lebih buruk dari itu. Surah Al-Baqarah : 65 dan Al-Maidah : 60 menjadi saksi atas kerja-kerja mereka.

Adakah kecaman dan kutukan memadai? Sedangkan kutukan dari Allah s.w.t pun tidak mereka peduli. Sesungguhnya, kita harus melakukan segala macam persiapan dari segenap segi dalam memerangi kaum Yahudi ini. Firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 60 dimana Allah berfirman :
"Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan-kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuh-musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; tetapi Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu infakkan di jalan Allah niscaya akan dibalasnya cukup kepadamu dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan)"

Al-Anfal : 60

Cukupkah persiapan kita hari ini? Fikirkanlah........


p/s :
Buat saudara dan saudari pembaca blog shoutulhujan ini, ana mengharapkan komen dan perkongsian ilmu dari para pembaca sekalian mengenai cerita ini. Mungkin solusi atau apa sahaja yang mungkin dapat membantu sahabat ana ini.

Sebarang perkongsian bolehlah di'email'kn ke shoutulhujanblogspot@gmail.com atau shoutmix yang disediakan. Setiap perkongsian akan dipublishkn kemudian


Ana mengharapkan email.Mungkin banyak perkara yang boleh disentuh

Wasalam............

Sunday, June 6, 2010

kita kini

Satu generasi yang sangat ditakuti oleh golongan kafir…iaitu generasi Rabbani di kalangan umat Islam. Apa generasi Rabbani ini? Generasi Rabbani ialah generasi yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Firman Allah dalam surah Ali Imran,surah 3 ayat 79:
 
Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.
 
Generasi inilah yg menyebabkan umat Islam hebat di suatu masa dahulu. Generasi para sahabat dan para tabiin dan tabi’ tabiin..yang kini sudah semakin hilang.
 
Mengapa generasi ini hilang? Ini semua adalah angkara kafir laknatullah..mereka telah menjauhkan umat islam sekarang dengan menanamkan penyakit yg telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. yang akan menjangkiti umat akhir zaman..iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. 

Mereka telah menanamkan penyakit ini dgn menggunakan teknologi-teknologi terkini dan pelbagai alat hiburan. Tv, radio, internet dan media massa adalah antara alat-alat yg digunakan. Mereka memang ingin melenyapkan generasi ini sebagaimana firman Allah dalam surah ke-41 ayat ke-26:
Dan orang-orang yang kafir berkata: 

"Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al Qur'an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka).

Inilah yg menyebabkan umat islam sekarang lemah. Kalau dulu Islam sangat disanjungi,dihormati dan digeruni..tetapi sekarang umat islam disembelih sesuka hati. Dulu para sahabat cintakan akhirat, sanggup mati demi agama untuk syahid mendapatkan syurga.Inilah yang menyebabkan mereka hebat. Hanya takut kepada Allah,terbalik dengan Umat islam sekarang.
 
Umat islam sekarang,cinta dunia. Hidup mereka hanya untuk dunia. Takut untuk mati kerana takut kehilangan dunia yang kononnya indah di pandangam mata mereka. Kerana itu,mereka takut untuk menegakkan kebenaran,takut untuk mengamalkan sunnah, takut untuk mengamalkan islam yang sebenar. Mereka takut,jika mereka melakukan semua ini, mereka akan kehilangan harta,pangkat, pekerjaan dan juga rezeki. Orang takut mengamalkan sunnah kerana takut digelar pengganas. Secara ringkasnya,mereka takut kepada manusia! Bukan Allah, pencipta manusia!
 
Sedarlah umat islam..agama kita sekarang diperlekeh orang..mereka menghina nabi..membunuh rakyat palestin,iraq dan banyak lagi umat islam di serata dunia. Mereka disiksa dan dibunuh dengan kejam. Tetapi kita di sini hidup dengan aman tanpa sebarang tekanan. Bebas mengamalkan agama islam tercinta ini.

Tetapi benarkah Islam di Malaysia ini selamat? Jika rakyat palestin dan iraq menentang dan mati,insya-Allah mereka akan syahid dan masuk syurga. Tetapi bayangkan jika kiamat tiba-tiba berlaku,apakah umat islam di Malaysia akan terselamat dan masuk syurga seperti mereka? Fikirkanlah…
 
Sekarang kalau kita keluar ke masyarakat..kita dapat lihat bermacam-macam gejala sosial dan maksiat yang berlaku. Yang lebih teruk..rata-ratanya berlaku di kalangan umat Islam kita ini sendiri. Maksiat dilakukan terang-terangan,tanpa segan silu, malah sebahagiannya berbangga dengan apa yang mereka lakukan. Langsung tidak berasa salah dengan apa yang dilakukan.
 
Sekarang maksiat berleluasa. Sana-sini terdapat lelaki perempuan yang berkepit, berjalan-jalan di kompleks membeli-belah laksana suami isteri bahkan lebih dari itu. Yang berzina juga tidak kurangnya. Kelahiran anak luar nikah semakin banyak dan tidak terkawal kini


Seorang senior menceritakan. Dia jual burger untuk dapat duit poket tambahan. Jual bilik ke bilik. Satu malam ni, dia ketuk2 satu bilik ni, tak buka2. Dia pun pulasla tombol dan membuka pintu sndiri. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat 2 org siswa itu sedang melakukan perbuatan terkutuk kaum sadom di atas katil. (homoseks) Senior ini kemudian kembali menutup pintu, dan kaku di situ. Teruk?

Kalau yang kita lihat sekarang adalah remaja Islam, maka bayangkan 5-7 tahun lagi..mereka ini akan menginjak dewasa! Ya,kita akan dikelilingi oleh mereka yang pada zaman remajanya pernah berzina, minum arak dan macam-macam lagi perkara yang tak terbayang dek kepala otak kita. Mereka ini akan bernikah, dan berkeluarga serta bekerja. Boleh anda bayangkan kita dikelilingi oleh masyarakat2 yang seperti ini? Saidina Umar Al-Khattab berkata..kalau nak lihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah keadaan remajanya sekarang. Bagaimana remaja kita?

Kebanyakkan Umat Islam rata-ratanya bukan tidak tahu tentang pahala dan dosa. Mereka tahu tetapi buat-buat tak tahu kerana ingin melakukan apa yang disukai oleh hawa nafsu mereka. Allah berfirman dalam surah Aj-jasiah,surah ke 45 ayat ke 23,
 
”Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan ilmu yang mereka ada. Dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya. Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah membiarkannya sesat? Megapa Kamu tidak mengambil pengajaran?”
 
Lihat..ayat Allah jelas,mereka bukan tidak berilmu,tetapi sengaja menuruti hawa nafsu. Lalu Allah sendiri MENYESATKAN mereka! Nauzubillah! 
 
Sedarlah saudara-saudara seislamku..umat islam kini semakin teruk,sangat teruk. Mereka tidak lagi takut kepada dosa dan pahala. Tugas kita sebagai seorang muslim untuk mengingatkan mereka. Ini adalah untuk melepaskan kita daripada tanggungjawab kita kepada Allah. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-A’raf,surah ke-7 ayat ke-164.
 
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".
 
Allah juga memerintahkan kita untuk sentiasa memberi peringatan kepada orang yang beriman
Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.
 
(surah fussilat,surah ke-51 ayat ke 55).

Jadi..tugas kitalah untuk mengubah masyarakat, membina masyarakat, dan akhirnya menahirkan kembali generasi rabbani. Imam Hassan Al-Hudhaibi pernah berkata..

”Tegakkanlah daulah islam di dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu”. 

Maksudnya..kalau kita nak kembalikan kegemilangan islam, pertamanya, tegakkan islam dalam diri kita dahulu. Kalau setiap orang telah tertegak islam di dadanya, sudah terbinalah negara islam. Bukan susah pun. Apa yang kita kena buat, sedarkan kawan2, adik2, abang2 dan kakak2 kita. Macam mana nk buat? Ceritalah apa yang kita paham mengenai keadaan masyarakat sekarang. Smoga dengan itu mereka tersedar dan ingin mengubah diri.
 
Kalau anda yang sedang membaca ini tak mahu mengambil tahu, rasa tak perlu nk susah pikir pasal org lain, terserah. Jika kita kedekut untuk mengorbankan masa, tenaga dan harta untuk menyedarkan masalah umat ni, kita yang rugi. Firman Allah :
 
Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang membutuhkan (Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini).
 
(Surah Muhammad, surah 47, ayat 38)


Allah akan menggantikan kita yang kedekut ini dengan satu generasi yang tidak akan kedekut macam kita. Mereka ini lebih menyintai Allah dan agamaNya lebih daripada kita dan Allah juga menyintai mereka. Firman Allah:
 
Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.
 
(Surah Al-Maidah,Surah 5, ayat 54) 
 
Jadi sedarlah wahai umat Islam!! Sedarlah Remaja Islam!! Kalau bukan kita yang akan mengembalikan Islam, siapa lagi!!?? Mulakan dengan diri kita! Ya, diri kita! Para sahabat dahulu telah membuktikan mereka mampu menegakkan islam. Mereka juga remaja. Mengapa tidak kita?
 
SEDARLAH...

p/s : diolah semula dari artikel asal yang ditulis saudara umairzulkefli dari UTP buat bacaan kita bersama

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=717