Thursday, December 9, 2010

Kain Putih


Terkilan..melihat blog ini bersawang sejak kali terakhir diriku yang daif ini menulis...

Terkilan..tiada sebarang khabar berita dari seberang gunung sana, bagaikan disebalik bukit ini ditinggalkan tanpa sebarang pesan...

Namun jiwa ini masih mencari isi hati, mencari jalan tersendiri, mencari rentak baru, agar perubahan selama ini tidak disiakan, agar impian dan harapan yang ditaburkan tidak berdebu...

Membuka semula meja yang berdebu ini dengan madah baru. Bermula dengan asas kepada perkara yang lebih kritikal. Diri ini menulis untuk anak-anak yang penah diri ini kenal dan didik dahulu. Untuk membaiki kelemahan diri ini dalam mengatur langkah mendidik mereka dalam menyusuri bersama dalam medan dakwah.

Jika kita merenung kembali dalam realiti insani, ada sebahagian dari kita yang mana gagal memanfaatkan peluang yang sedia ada dalam merentasi gelora lautan walaupun kapal yang dinaiki mempunyai kapten kapal yang berpengalaman luas, anak-anak kapal yang hebat bekerja. Ada juga yang dibuang dari kapal kerana merenjatkan perjalanan kapal tersebut, malah ada yang enggan menaiki kapal setelah matanya terbuka...

Itulah realiti insani....

Namun, bila kita membicarakan tentang kekuatan iman, bukan kapal jadi penentu, tetapi penumpang kapal itu sendiri. Murabbi/Murabbiah harus bijak dalam memberi pemahaman konsep paling asas kepada mutarabbi mereka. Agar harus mereka tahu bahawa iman mereka bukan bersandar pada yang batil tapi pada yang haq, Allah s.w.t.

Mereka cuma sekadar penumpang kapal yang melayari arus ombak, bekerja atas kapal sebagai pembicara kepada dunia, menuju satu arah Yang Maha Satu, bukan bekerja untuk kapal sendiri.

Kekuatan iman bermula dengan pengertian kita terhadap syahadah, makrifat kita terhadap Allah s.w.t, makrifturrasul, adakah kita benar memahami Islam itu sendiri, bagaimana kita memahami diri kita sendiri dan akhir sekali bagaimana ilmu makrifatulquran kita....

Membina kekuatan iman ini perlu, malah semakin kita melewati titian dakwah ini, semakin perlu untuk kita mengulang pemahaman kita terhadap konsep makrifat ini...

InsyaAllah dalam masa jangka yang terdekat ini, meja ini tidak akan dibiarkan berdebu. Sekian untuk penulisan pada kali ini, InsyaAllah akan ditambah pada masa-masa akan datang.

4 comments:

  1. wow mendalam 2 mksudnyer.......ana pham. uhu

    ReplyDelete
  2. Teruskan menulis akhi..ana sentiasa support antm..takbir!!!

    ReplyDelete
  3. Salam akhi..sy nak request,akhi watlah cite berunsurkan cinta dan anak-anak muda,..mugkin kami followr boleh dpt sikit idea dari jalan cite akhi..wslm

    ReplyDelete